Ramai yang masih tidak sedar kepentingan laman web untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Laman web ibarat nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih meluas dan bersistematik. Ada pelbagai kelebihan yang laman web boleh lakukan untuk anda.
Antara kelebihan laman web dalam perniagaan adalah seperti berikut :
1. Memberikan informasi perniagaan dan produk anda kepada pelanggan dengan meluas. Antara jenis laman web yang sering digunakan adalah laman web informasi perniagaan dan profil syarikat. Laman web jenis ini sesuai untuk memperkenalkan syarikat dan produk anda kepada pengguna dengan penyampaian informasi yang lebih baik sebagai contoh menggunakan teks, video, pautan ke laman sosial dan sebagainya. Laman web sebegini meletakkan reliabiliti dan memudahkan capaian pelanggan kepada anda dengan mudah dan cepat.
2. Memudahkan sistem pengurusan order dan pembayaran untuk perniagaan anda. Jenis laman web begini boleh memudahkan sistem pengurusan order dan pembayaran untuk perniagaan anda. Anda tidak perlu susah-susah untuk mengira sales, semakan semula pembayaran dan sistem boleh mempamerkan report harian/bulanan/tahunan perniagaan anda.
3. Dapat menarik prospek baru melalui integrasi email marketing, FB Pixel, dan pelbagai teknik lain. Melalui laman web, anda boleh integrasikan sistem lain yang bersesuaian untuk mendapatkan prospek dan pelanggan baru untuk mendapatkan produk anda. Antaranya melalui FB Pixel dimana anda boleh ‘menghantui’ prospek yang melayari laman web anda dan ‘menyuap’ mereka dengan iklan di Facebook untuk menarik minat mereka membeli produk anda.
Selain itu, anda juga boleh mula mengumpul maklumat prospek menggunakan sistem ‘subscription’ dan berjinak dengan ‘Email Marketing’ pula. Mereka yang mengisi maklumat tersebut sudah semestinya ‘potential customer’ untuk produk anda.
4. Laman web anda akan dapat dilihat dari Google Search. Power tak power kan ? Dibawah merupakan beberapa contoh laman web yang berjaya menguasai rank top google menggunakan teknik SEO. Diatas saya telah berikan 4 kepentingan laman web dalam perniagaan yang sangat-sangat membantu dalam mengautomasikan dan memudahkan perniagaan anda. Sebenarnya masih ada pelbagai lagi kepentingan laman web yang saya akan jelaskan pada post saya yang akan datang.