Apa Itu SEO? Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang SEO

homepage concept with search bar
Apabila sebut tentang kaedah pemasaran digital, anda tentu pernah dengar tentang SEO. Tapi, apa itu SEO? Untuk itu, dalam artikel ini, saya akan terangkan tentang apa itu SEO.

Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.

Apa itu SEO? Pengertian dan Fungsinya SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Dalam bahasa mudah SEO adalah teknik yang digunakan supaya laman web anda berada di halaman pertama mesin pencari. Teknik SEO yang terbaik mampu membuatkan website anda berada di carian pertama Google. Dengan berada di ranking pertama mesin pencari, produk atau servis anda lebih mudah dicari pengguna. Sebagai contoh, seperti gambar di bawah, anda mencari perkataan “perniagaan makanan yang paling menguntungkan”.

Kenapa SEO penting untuk website?

SEO sangat penting untuk pemasaran bisnes anda. Jika anda memiliki perniagaan, anda perlu ada website sendiri untuk menggunakan teknik pemasaran SEO. Untuk membina website, anda perlu dapatkan web hosting dan juga nama domain. Bagi memilih web hosting yang sesuai untuk website anda, baca lanjut di sini. Berikut adalah 6 manfaat SEO kepada website anda:-

1. Meningkatkan Jumlah Trafik

Seperti yang dinyatakan di atas, optimasi SEO mampu meningkatkan jumlah trafik yang datang ke website anda. Konten yang baik sahaja tidak cukup jika website anda berada di halaman ke-2, 3 atau seterusnya. Ini kerana, website yang tidak berada di halaman pertama tidak akan mendapat trafik yang tinggi. Untuk itu, konten anda perlu dioptimasi SEO bagi memastikan website anda mendapat trafik yang tinggi.

2. Membina Jenama

Bagi membuatkan jenama anda dikenali, anda perlu memastikan website anda dapat dijumpai mesin pencari Google. Ini kerana, pelanggan biasanya akan mencari di Google sebelum membuat pembelian. Jenama yang selalu muncul di halaman pertama Google akan mudah diingat oleh bakal pelanggan. Website dan jenama anda juga akan dikenali ramai.

3. Website Mudah Dijumpai Di Enjin Pencari

Dengan menggunakan teknik Search Engine Optimization, website anda akan lebih mudah dicari di mesin pencari. Ini kerana website anda mempunyai pelbagai kata kunci. Kata kunci adalah perkataan yang digunakan pelawat website anda ketika membuat carian di Google. Dengan menggunakan kata kunci, anda dapat menjangkau sasaran pengguna internet yang lebih luas dan tepat. Namun begitu, kata kunci yang anda gunakan perlu bersesuaian dengan topik yang dibincangkan di website anda.

4. Meningkatkan Kepercayaan Pelanggan

Tentu sahaja website dan jenama yang sering muncul di laman pertama enjin pencari mendapat kepercayaan yang lebih tinggi dari pelanggan. Pelanggan selalunya tidak terus membeli apabila mencari sesuatu barang atau perkhidmatan. Mereka akan membuat survey terlebih dahulu. Jika website anda sering muncul dengan kata kunci yang dicari pelanggan, mereka tentunya lebih mempercayai jenama anda selepas melihat konten website anda.

5. Trafik Yang Berkualiti

Anda mungkin boleh dapat trafik yang tinggi di media sosial. Namun persoalannya, adakah trafik itu berkualiti tinggi? Berbeza dengan media sosial, trafik yang datang dari Google adalah lebih berkualiti tinggi. Kebiasaanya, mereka yang mencari di Google benar-benar memerlukan penyelesaian segera kepada permasalahan mereka. Untuk itu, mereka tidak ragu-ragu untuk mengeluarkan duit membuat pembelian. Jadi, organik trafik yang datang dari Google lebih mudah untuk conversion berbanding trafik dari media sosial.

6. Meningkatkan Pendapatan Anda

Akhir sekali, tentunya teknik pemasaran SEO mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda. Dengan trafik yang tinggi serta berkualiti serta percuma, anda dengan mudah menjana pendapatan. Ada pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan dari website.

Cara Jana Pendapatan Dari Website
  1. Jualan produk atau perkhidmatan
  2. Menjadi affiliate produk orang
  3. Menyediakan servis posting berbayar di website atau blog anda
  4. Iklan berbayar seperti Google Adsense, Mediavine, Adthrive, Ezoic
Bagaimana Cara Kerja SEO?

SEO bertujuan untuk memastikan pengguna internet dapat mencari maklumat yang mereka inginkan dengan kata kunci tertentu. Bagi memastikan pengguna dapat hasil pencarian yang tepat, mesin pencari melakukan 3 tugas utama:-

  1. Crawling (Merangkak)

Proses ini untuk mengumpulkan data dari semua website. Dari setiap page dan juga link. Ia merupakan proses awal untuk optimasi SEO.

  1. Indexing

Selepas mengumpulkan data, mesin pencari akan menyimpan maklumat tersebut di senarai kemasukan (index).

  1. Ranking  

Konten yang bersesuaian dengan carian pengguna internet akan muncul di halaman pertama. Kesemua konten ini disusun mengikut turutan. Bagi menjaga kualiti hasil carian, Google menggunakan aturan yang disebut algoritma Google. Algoritma Google ini bagi memastikan pengguna internet mendapat hasil carian yang tepat serta dari sumber yang boleh dipercayai.

Bagaimana Cara Menggunakan SEO?

Setelah faham bagaimana cara kerja SEO, kini masanya untuk anda belajar cara optimasi SEO dengan betul. SEO dibahagikan kepada 2 jenis.

Jenis SEO

Terdapat 2 jenis SEO iaitu on-page SEO dan off- page SEO.

Apa yang dimaksud dengan SEO On Page dan SEO Off Page?
On-page SEO

On-page SEO bermaksud optimasi SEO dari bahagian dalam website atau blog itu sendiri. Ia lebih teknikal yang berkaitan pengatucaraan website untuk memudahkan enjin pencari menjumpai maklumat di website anda. Antara contoh on-page SEO: –

  • Menggunakan ulangan kata kunci yang secukupnya
  • Penggunaan heading H1, H2, H3 dan seterusnya
  • Alt text pada gambar
  • Link ke website lain
  • Link ke website yang sama
Cara untuk anda optimasi on-page SEO.
  1. Pemilihan Kata Kunci (Keyword)

Kata kunci adalah antara perkara penting dalam SEO. Anda perlu memilih kata kunci yang mendapat carian pengguna internet. Kata kunci yang dipilih juga perlu bertepatan dengan konten website atau blog anda. Pemilihan kata kunci yang tepat mampu membawa organik trafik ke website anda. Anda juga perlu menggunakan pengulangan kata kunci dalam artikel yang anda tulis. Kadar ulangan kata kunci bergantung kepada panjang satu artikel. Namun, anda tidak boleh meletakkan kata kunci yang sama terlalu banyak dalam artikel. Google akan anggap anda menggunakan keyword stuffing dan menyukarkan website anda untuk ranking. Sebaiknya anda menggunakan kata kunci yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan kata kunci utama. Ini kerana, pengguna internet akan menggunakan pelbagai kata kunci yang berbeza untuk mencari sesuatu info.

  1. Optimasi website atau blog

Optimasi website bergantung kepada struktur website yang baik, kemudahan navigasi serta konten yang relevan. Struktur website yang baik akan memudahkan mesin pencari untuk mencari halaman penting dalam website anda. Kemudahan navigasi dalam website anda akan membuatkan pelayar website anda senang untuk mencari sesuatu maklumat. Ia akan membuat mereka berada lebih lama di website anda. Konten yang relevan sudah tentunya penting supaya website anda mendapat trafik yang tepat dan berkualiti. Trafik yang berkualiti mampu menukar pengguna internet tersebut menjadi pembeli.

  1. Kepantasan loading website

Website yang loading pantas akan mempunyai jumlah trafik yang tinggi serta mendapat kedudukan yang tinggi di Google. Ini kerana, pengguna internet tidak suka menunggu website yang mengambil masa yang lama untuk loading. Setiap kali mereka klik ke sesuatu laman web, jika website tersebut lambat untuk memaparkan maklumat yang dicari, mereka akan menutup sahaja halaman tersebut. Ini membuatkan jumlah trafik ke website anda menurun.

Off-page SEO

Off-page SEO pula lebih kepada perkara yang anda perlu lakukan di luar website untuk memberi impak menaikkan ranking website. Off-page SEO lebih fokus untuk membuatkan website atau jenama anda dikenali. Bagi membuatkan mesin pencari tahu website anda dikenali ramai adalah dengan adanya banyak link berkualiti ke website anda. Ini beberapa cara untuk anda buat off-page SEO.

Cara Untuk Buat Off-Page SEO
  1. Guest Post

Anda boleh memohon menulis di blog atau website orang lain. Dengan menulis di website orang lain, anda boleh meninggalkan link ke website anda (backlink). Seeloknya anda memilih untuk menulis di website yang mempunyai Domain Authority (DA) yang lebih tinggi dari website anda. Ini memberi petanda kepada mesin pencari bahawa website anda mempunyai konten yang berkualiti sehingga website dari DA yang tinggi link ke website anda.

  1. Forum

Forum juga salah satu tempat yang boleh anda tinggalkan link website. Caranya dengan membuat link di signature anda. Jadi, setiap kali anda komen, link website anda turut terpapar di situ.

  1. Komen di blog orang lain

Anda juga boleh meningalkan komen di blog orang lain beserta dengan link website anda.  Namun, ada sesetengah blog tidak membenarkan anda meletakkan link website di blog mereka.

  1. Link building

Anda boleh membina link dengan cara bertukar link di website lain yang berkaitan dengan topik anda. Untuk melakukan ini anda perlu berkomunikasi dengan pemilik website lain. Sebaiknya anda menulis konten yang berkaitan dan membuat link ke website lain. Selepas itu, baru anda hubungi pemilik website itu dan mengatakan anda ada membuat posting tentang mereka. Dengan ini pemilik website lain lebih mudah untuk membuat link ke website anda.

  1. Email

Letakkan link website di tandatangan anda setiap kali anda hantar email.

Apa yang dimaksud dengan SEO YouTube?

SEO Youtube adalah teknik optimasi video supaya video anda mendapat kedudukan teratas di hasil pencarian Youtube. Dengan menggunakan kaedah SEO yang betul, video anda akan lebih mudah dijumpai di Youtube dan mendapat tonton ramai. Sama seperti Google, Youtube turut menggunakan kata kunci untuk mendapatkan hasil pencarian. Untuk membuatkan video anda mendapat tontonan ramai, anda perlu meletakkan kata kunci yang dicari pengguna Youtube dalam video anda.

Alat Untuk Optimasi SEO

Untuk membantu anda optimasi SEO, ada beberapa alat atau tools yang boleh anda jugakan.