Apa Itu Facebook Pixel dan Apakah Kegunaannya ?

fb

Perkara ini ditakuti marketer apabila Mark Zuckerberg mengumumkan untuk menukar algorithm Facebook. Ini bermakna jumlah capaian iklan-iklan bisnes akan menjadi kurang Facebook ingin lebih mesra untuk hubungan keluarga. Merapatkan hubungan – ini sebab sebenar Facebook dicipta. Namun sejak semua orang sudah pandai membuat iklan di Facebook, iklan lebih banyak muncul daripada posting rakan-rakan dan keluarga kita. Untuk bisnes kekal muncul, Facebook Group perlu diwujudkan. Dan manfaatkan Facebook Live. Sudah semestinya, orang bisnes perlu belanjakan lebih banyak wang untuk iklan keluar ke bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada. Facebook Live dan Facebook Group mungkin sedikit sukar nak tarik orang untuk lihat pada mulanya melainkan jika anda seorang influencer, dikenali ramai. Pilihan yang ada, gunakan iklan berbayar – Facebook Ads. Namun sebelum kita guna iklan berbayar, pastikan kita dah gunakan fasiliti yang disediakan Facebook.

Facebook Pixel

Facebook pixel – tool analytic yang disediakan Facebook untuk mengukur keberkesanan iklan berbayar. Dengan memasangnya di website, kita boleh lihat sejauh mana iklan yang dibuat itu berkesan. Pixel boleh mengesan setiap orang yang masuk ke website. Facebook pixel ini hebat kerana ia boleh mengukur tahap keberhasilan iklan yang dibuat. Ia juga membantu untuk kita target iklan pada segmen audience yang betul. Jika anda belum memasang Facebook pixel di pixel, kami cadangkan anda berbuat segera.

Bagaimana Facebook Pixel Berfungsi ?

Apabila seseorang masuk ke website kita untuk membaca konten atau membuat pembelian, Facebook Pixel akan merekod dan memasukkan data ke Facebook Ads manager. Kita boleh lihat transaksi berlaku atau tidak. Jika tidak berlaku, remarketing boleh dibuat untuk mengingat-kan mereka melengkapkan pembelian.
Gunakan kupon diskaun ini untuk membeli produk kesukaan anda” – copywriting seperti ini boleh diberikan untuk remarketing.

Seperti yang kami nyatakan di atas, Facebook pixel membolehkan untuk kita nilai keberkesanan kempen marketing yang dibuat. Daripada segi segmen pelanggan, copywriting yang digunakan dan funnel jualan yang digunakan. Adakah ia berkesan untuk berlaku jualan ? Atau perlu diubah ? Pernah dengar teori ini ?
“Purata setiap individu perlu lihat iklan 7 kali sebelum mereka membeli”. Betul. Kita perlu cipta rasa keinginan dalam diri mereka untuk mereka membeli.
Namun bagaimana kita nak pastikan ketujuh-tujuh iklan kita sampai kepada orang yang sama. Pixel adalah jawapan-nya. Selepas iklan pertama sudah ada orang lihat, pixel sudah kumpul orang yang melihat. Iklan kedua, gunakan pixel untuk target orang yang sudah lihat iklan pertama. Iklan ketiga, retarget orang yang sudah lihat iklan kedua. Dan seterusnya. Namun ia juga bergantung kepada konten, copywriting dan gambar yang digunakan dalam iklan. Elakkan untuk guna bahan marketing yang sama. Manusia sifatnya cepat bosan jika lihat perkara yang sama. Pelbagaikan jenis iklan. Sebagai contoh,

Iklan pertama, tunjukkan masalah.
Iklan kedua, cara nak selesaikan masalah.
Iklan ketiga, tunjukkan cara pantas nak selesaikan masalah itu dengan menggunakan produk/servis kita.
Iklan keempat, berikan mereka tawaran masa terhad.
Iklan kelima, peringatan.

Selain Untuk Remarketing, Facebook Pixel Juga Berfungsi Untuk :
1. Optimization

Selepas kempen marketing dijalankan dan data pixel sudah diperolehi, Facebook akan tunjukkan iklan kepada audience yang lebih cenderung untuk membeli di website.

2. Lookalike audience

Cukup 100 conversion yang direkodkan oleh pixel, lookalike audience boleh dicipta. Lookalike audience adalah orang yang hampir sama dengan pelanggan bisnes. Facebook akan cari orang yang mempunyai kriteria yang sama dengan pelanggan kita.

Apakah Perkara Yang Facebook Pixel Rekod ?

Apabila seseorang masuk ke website kita, Facebook akan merekod aktiviti dia dalam website itu. Antara aktiviti yang direkodkan :

Baca konten di blog, landing page, dan page produk.
Orang membuat carian di website seperti cari produk atau cari artikel.
Add to cart – Pelanggan add to cart pada produk yang ingin dibeli
Wishlist – Pelanggan wishlist pada produk.
Checkout – Pelanggan tekan butang checkout untuk buat pembayaran.
Buat pembelian – Pembelian dilakukan, pixel rekod
Lead – Pelanggan tinggalkan emel pada borang di website.
Jadi kita boleh dapatkan data yang jelas untuk perkara yang berlaku di website kita.

Bagaimana Nak Pasang Facebook Pixel ?

Mudah sahaja. Ikuti 7 langkah mudah ini.

1. Buka Facebook Ads Manager.
2. Nampak simbol burger pada sebelah kiri atas? Klik situ dan cari Pixels. Ia di bawah Measure & Report.
3. Dan tekan butang ‘Create a Pixel’
4. Namakan pixel.

Selepas itu pasang di website. Ada 3 cara nak pasang Pixel di website
Gunakan third party Integration – Cari Google Tag Manager, dan ikut arahan yang diberikan untuk pasang pixel di website.
Pasang sendiri Pixel ke website – Copy code yang diberikan dan paste di website.
Suruh developer website pasangkan – Beri code itu pada developer untuk dia pasangkan.
Selesai, pixel sudah dipasang di website.

Pixel Memudahkan Funnel Marketing.

Orang masuk ke website untuk baca blog. Kita boleh retarget mereka untuk try produk kita.
Orang dah masuk produk page tapi tak buat pembelian. Retarget semula untuk ingatkan mereka tentang produk itu. Iklankan manfaat produk kepada mereka.
Orang dah add to cart namun tak buat pembayaran. Retarget dengan tawaran masa terhad. Galakkan orang lengkapkan pembelian.
Kesimpulannya Saban tahun, kos iklan memang akan meningkat. Kos iklan pada tahun 2014 lebih murah daripada tahun 2019.Oleh kerana itu, kempen iklan yang dibuat perlu di-manfaatkan sepenuhnya. Maksimumkan interaksi dengan bakal pelanggan itu supaya mereka ingat produk kita. Selepas mereka melihat iklan softsell, pastikan mereka lihat hardsell. Selepas itu beri iklan peringatan. Facebook sudah sediakan kemudahan itu. Gunakan-nya..