Cara Buat Duit Dengan YouTube! Ini 5 Langkah Mudah Untuk Anda

internet service youtube phone t

Buat Duit Dengan YouTube- Jana pendapatan melalui platform dalam talian sudah menjadi kebiasaan untuk kita yang hidup di zaman penuh teknologi ini. Tapi tahukah anda bahawa dengan menggunakan YouTube juga anda boleh boleh duit sehingga 4 angka setiap bulan? Ya! ianya tidak mustahil. Dengan kreativiti yang anda miliki, kini anda boleh tonjolkan apa sahaja bakat dan hobi anda di applikasi YouTube. Siapa sangka dengan hanya perkongsian perkara yang anda minat, anda boleh menjadi ‘Jutawan YouTube’.

#1 Buka Saluran YouTube
Anda dah ada akaun YouTube ke belum? Kalau belum ada, langkan pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah membuka akaun YouTube terlebih dahulu.
Caranya mudah sahaja, jika anda ada akaun Google seperti Gmail, anda boleh terus login ke YouTube dengan menggunakan akaun tersebut. Kemudian tekan pada bahagian setting anda dan pilih “Make a channel” dan anda akan dibawa ke pautan YouTube Studio. Selepas itu boleh lah anda tentukan nama saluran dan penerangan saluran anda yang bersesuaian dengan kandungan video anda. Oh jangan lupa muat naik gambar profil saluran anda. Ia akan lebih menarik minat penonton dan menunjukkan identiti saluran YouTube anda.
Selepas mendaftar, jangan terburu-buru untuk terung memuat naik video. Ambil sedikit masa untuk membaca penerangan dan menus yang ada pada YouTube Studio tersebut yang telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda sebagai seorang creator. Antara tetapan yang disediakan adalah analytics, copyright dan monetization. Ini akan memberi anda pendedahan awal sebelum bergiat aktif dalam menjadi seorang YouTuber selepas ini.

#2 Tentukan Niche Kandungan Anda
Apa langkah seterusnya yang anda perlu lakukan? Anda kena tentukan apa topik atau niche yang anda ingin ketengahkan. Pada masa yang sama, ia akan membantu untuk mendapatkan ‘target audience’ bagi video anda. Seperti yang dinyatakan sebelum, setiap kandungan yang anda hasilkan perlulah sepenuhnya dilakukan atas dasar minat dan keinginan. Dengan ini penonton akan dapat tahu sama ada anda ni betul-betul minat dan mahir dengan topik yang dibincang atau hanya sekadar omong kosong. Nanti sia-sia sahaja segala usaha anda.

Dengan menentukan niche kandungan anda ini juga menjadi motivasi kepada anda untuk terus hasilkan video secara konsisten dan terus meningkankan kualiti penerbitan video. Nanti boleh laa dapat lagi banyak subscriber. Berikut adalah antara idea niche yang anda boleh cuba; Perkongsian ilmiah berkenaan politik, ekomoni dan agama
Ulasan produk elektronik seperti komputer dan gajet ‘Life Hacks’ seperti cara memulakan perniagaan dan penggunaan alatan DIY
Resipi-resipi masakan
Game streaming
Vlog melancong
Banyak lagi sebenarnya topik yang anda boleh ketengahkan. Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis niche juga tidak menjadi masalah. Ini boleh menjadikan lebih ramai penonton yang akan melihat video di saluran anda. Jadi anda berminat dengan niche yang mana?

#3 Hasilkan Video Yang Menarik
Bila dah ada saluran dan dah tetapkan niche video, anda dah boleh mula hasilkan kandungan dan muat naik di saluran anda.

PERINGATAN!

Dalam penghasilan video ini, pastikan juga kandungan yang anda hasilkan tu berkualiti. Alatan yang anda gunakan untuk menghasilkan sesebuah video perlulah jelas dalam segala aspek. Antara perkara yang anda perlu titik beratkan adalah resolusi video, audio dan suntingan. Jika video anda cantik dan jelas, penonton juga akan seronok menontonnya.

Juga perlu diingatkan jangan sesekali guna video copyright. Maksudnya jangan curi kandungan asal dari saluran orang lain. Jika anda menggunakan lagu sebagai latar kepada video anda, anda juga perlu meletakkan kredit pada bahagian description video.

Kunci kejayaan untuk anda buat duit dengan YouTube adalah anda perlu konsisten dalam penghasilan video. Consistency sangat penting untuk pastikan saluran anda berjaya dan sentiasa up to date. Apa yang anda boleh lalukan adalah dengan membuat jadual pada hari apakah yang anda perlu memuat naik video. Jadi, ianya lebih terancang. Anda juga boleh bersedia dengan keperluan untuk video yang seterusnya.

Akhir sekali, dalam video-video yang anda hasilkan, jangan lupa ingatkan penonton untuk subscribe dengan saluran anda supaya anda dapat tambah subscribers dengan cepat. Beritahu mereka juga untuk follow anda di laman sosial lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Ini dikatakan proses membina connection dengan penonton. Macam-macam manfaat yang anda boleh dapatkan kelak jika anda mempunyai followers yang ramai.

#4 Daftar sebagai Google Partner
Perlu diingatkan, semasa anda mula buat saluran Youtube, anda belum lagi boleh jana pendapatan melalui iklan yang Youtube paparkan.
Anda mesti cukupkan syarat untuk jadi Youtube Partner. Kemudian barulah anda layak untuk paparkan iklan Adsense dalam video anda.
Apa syarat nak sertai Youtube Partner Program ni?
Pertama, anda mesti ada sekurang-kurangnya 1000 subscribers
Kedua, kandungan yang anda hasilkan mesti ditonton selama 4000 jam dalam tempoh setahun terkini.
Sebab itu penting untuk anda kekal fokus jika anda benar-benar ingin buat duit dengan YouTube ni. Anda perlu bijak merancang kandungan anda bagi tempoh satu tahun. Sebab itulah penting tonjolkan kelainan dan video yang berkualiti. Nanti lagi ramai yang berminat dengan saluran anda.

#5 Buka Akaun Google Adsense
Selepas mendaftar sebagai Google Partner, untuk anda dapatkan duit dari Youtube adalah dengan membuka akaun Google Adsense.
Anda perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube anda. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada anda terhadap video yang terpilih.

BERAPA BANYAK DUIT YANG ANDA AKAN DAPAT?
Pendapatan utama dari Youtube ni adalah melalui iklan yang dipaparkan masa pengunjung tonton video anda. Secara kasar anda boleh anggarkan untuk dapat sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1000 tontotan video. Jadi jika anda ingin dapatkan pendapatan RM10,000 sebulan, anda mungkin kena dapat tontotan sekitar 10 juta view
Walau bagaimanapun, wang yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda ialah apabila akaun anda sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik anda paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan anda membuat penegeluaran.