Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

Pada post kali ini saya akan senaraikan payment gateway Ecommerce yang sesuai untuk diintegrasikan di mana-mana Shopping Cart Web atau Ecommerce bagi pengguna di Malaysia. Diharap post pada kali ini dapat membantu proses pembinaan laman web dalam memilih payment gateway yang sesuai.

  • ToyyibPay

Pendaftaran Toyyibpay agak mudah kerana payment gateway ini menerima pengguna yang ingin menggunakan akaun personal atau perniagaan. Pelan yang ditawarkan juga agak ‘straight forward’ dan mudah difahami. Hanya 1 pelan sahaja yang ditawarkan iaitu pelan Standard. Pelan Standard ini menawarkan cas transaksi melalui FPX serendah RM1 sahaja manakala untuk kad kredit & debit pula 2% daripada jumlah transaksi dengan caj minimum sekurang-kurangnya RM1. Plugin untuk WooCommerce juga disediakan. Pelan ini juga tiada cas bulanan dan sesuai digunakan oleh mereka yang masih baru ingin mencuba-cuba membuat jualan menggunakan Ecommerce. Anda boleh membuat pendaftaran ToyyibPay disini : https://toyyibpay.com.

  • Bizappay

Bizzappay merupakan perkhidmatan platform pembayaran dalam talian untuk perniagaan dan individu dengan kadar caj FPX RM1.00 per transaksi manakala 2.5% untuk kad kredit & debit dalam negara dan 3% untuk luar negara. Mereka juga telah menyediakan plugin integrasi untuk WooCommerce pada akses sistem Bizappay. Daftar Bizappay disini : https://www.bizappay.my.

  • Billplz

Billplz merupakan diantara payment gateway yang menyokong pelbagai laman Ecommerce seperti Woocommerce, Opencart, Magento, WHMCS, Hostbill dan sebagainya. Anda boleh lihat pada Github yang disediakan disini : https://github.com/Billplz. Terdapat beberapa pelan yang ditawarkan seperti dibawah :

Pelan Basic tidak memerlukan bayaran bulanan tetapi cas untuk setiap transaksi yang berjaya ialah RM1.50. Ini sesuai untuk pemula Ecommerce dan boleh menaiktaraf ke pelan yang lebih tinggi apabila transaksi yang diterima semakin tinggi.

Selain melalui FPX, Billplz juga menerima pembayaran melalui kad atau E-wallet sebagai contoh Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go namun terhad kepada pelan Standard atau Enterprise sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan oleh Billplz, anda boleh rujuk disini : https://www.billplz.com/pages/pricing. Untuk mengelakkan sebarang masalah penipuan, Billplz memerlukan maklumat perniagaan seperti SSM dan akaun bank perniagaan untuk tujuan proses verifikasi. Anda boleh mendaftar akaun Billplz disini : https://www.billplz.com.

  • SenangPay

SenangPay merupakan payment gateway yang menyokong platform seperti WordPress, Opencart, PrestaShop, HikaShop & Joomla. SenangPay menerima pembayaran daripada transaksi kad debit atau kredit, FPX serta E-wallet terpilih iaitu Boost dan Touch-n-Go. Terdapat 3 pelan yang ditawarkan oleh SenangPay iaitu pelan Basic, Advanced dan juga Special. Hanya pelan Advanced dan Special sahaja yang menawarkan transaksi pembayaran melalui E-wallet Boost dan juga Touch-n-Go. Cas yang dikenakan bagi setiap transaksi yang ditawarkan oleh SenangPay anda boleh lihat seperti diatas. Bagi pelan Special, cas kredit & debit kad adalah lebih rendah daripada pelan Basic dan Advanced dan cas yang dikenakan untuk transaksi FPX pula 1.5% atau sekurang-kurangnya RM1 per transaksi. Untuk maklumat penuh mengenai cas transaksi SenangPay, anda boleh lihat disini : https://senangpay.my/fee-costing-features.

Daftar SenangPay disini : https://senangpay.my.

  • RaudhahPay

RaudhahPay menawarkan pelan pendaftaran secara PERCUMA dan memerlukan maklumat perniagaan anda untuk proses verifikasi. Mereka menawarkan cas transaksi untuk FPX sebanyak RM1.50 per transaksi manakala untuk pembayaran kad kredit & debit pula  2% atau sekurang-kurangnya RM1.50 cas per transaksi akan dikenakan. Selain itu, mereka juga mempunyai fungsi tambahan notifikasi SMS dengan cas sebanyak 12 sen untuk talian dalam negara dan 30 sen untuk talian luar negara.