Apa-Itu-Domain-Dan-Hosting.jpg

Apa Itu Domain Dan Hosting

Apa itu domain ?

Domain adalah address ataupun alamat laman web anda. Sebagai contoh, saya menggunakan address http://durianstudios.com dan itu adalah domain saya. Anda perlu fikir nama domain yang menarik, ringkas, mudah ditaip dan mudah diingati kerana sekiranya domain anda terlalu panjang dan sukar diingat, ia akan mempengaruhi return visitor yang bermaksud, adakah mereka akan kembali untuk melayari laman web anda. Saya ada memberikan beberapa tips untuk memilih domain sebelum ini, anda boleh layari https://internet-webhosting.com . Fungsi domain ini adalah sebagai nama/alamat untuk laman web anda.

Apa itu hosting ?

Hosting adalah storage ataupun penyimpanan fail-fail dan data laman web anda untuk dipaparkan sekiranya visitor klik ke address domain anda. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, data dan sebagainya akan disimpan didalam hosting. Selain itu, sekiranya anda inginkan subdomain seperti login.domain.com atau sebagainya juga boleh dibuat dengan adanya hosting (sekiranya hosting tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut).

Selalunya harga domain bergantung kepada jenis address yang dimahukan, biasanya dalam harga RM50 - RM80 untuk harga domain ataupun renewal tahunan domain. Untuk hosting pula, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hosting tersebut. Anda perlu mengenalpasti apakah kelebihan perkhidmatan yang diberikan untuk mendapatkan servis terbaik dari pihak hosting.

Sudah dapat bezakan domain dan hosting ?